My Add

Sunday 13 January 2013

Kerajaan Selangor banyak kelemahan

Oleh GARRET DAWUM

KUALA LUMPUR, SABTU, 12 Januari, 2013: Prestasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam mentadbir Selangor semakin mencapai kemuncak kegagalannya berikutan banyak kelemahan telah terdedah kepada rakyat.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin (gambar) berkata, kini Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula menerima kesan akibat kelemahan pentadbiran Lembaga Pengarahnya yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, GAPS mahu beberapa perkara dipertimbangkan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku termasuk campur tangan Sultan Selangor kerana KUIS dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

"Sebuah jawatankuasa bebas juga harus dibentuk untuk menyiasat segala perkara yang dimajukan melalui penyerahan memorandum itu dan sebarang prosiding disiplin yang sedang dibuat te - UTUSANhadap mereka yang menandatangani memorandum tersebut, harus ditarik balik serta dihentikan sama sekali. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment