My Add

Saturday 26 January 2013

Kes demam denggi di Kelantan membimbangkan

KOTA BHARU, SABTU, 26 Januari, 2013: Kes demam denggi di Kelantan terus berada di tahap membimbangkan apabila sebanyak 83 kes dicatatkan dalam tempoh tiga minggu pertama bulan ini, berbanding 68 kes tempoh sama tahun lalu meningkat sebanyak 22 peratus.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, pada tahun lalu sebanyak 1,245 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negeri meningkat sebanyak 68 peratus berbanding 743 kes tahun sebelumnya yang turut merekodkan satu kematian.

Beliau berkata, daerah paling banyak merekodkan kes demam denggi ialah Kota Bharu iaitu kira-kira 50 peratus, antara lain disebabkan kepadatan penduduk, pergerakan manusia dan kewujudan banyak tempat pembiakan nyamuk sehingga memudahkan jangkitan berlaku.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dengan lebih kerap membersihkan kawasan kediaman mereka bagi mengelak pembiayakan nyamuk aedes dan jangkitan demam denggi.

"Kita harap orang ramai mengambil inisiatif untuk sama-sama menangani deman denggi, kerana kita baru lepas menghadapi musim banjir, tempat-tempat air bertakung dan membiakkan nyamuk memang banyak. Harap orang ramai ambil inisiatif selama 10 minit sehari untuk semak kawasan rumah dengan memusnahkan tempat-tempat pembiakkan nyamuk aedes," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis makan malam sempena pelantikan ahli jawatankuasa Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) cawangan Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment