My Add

Wednesday 16 January 2013

Kes tatatertib penjawat awam terus menurun

MELAKA, RABU, 16 Januari, 2013: Kerajaan menyediakan garis panduan lengkap berteraskan enam prinsip dalam memastikan kualiti penjawat awam di negara ini mencapai standard ditetapkan dan melaksanakan tanggungjawab secara profesional, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata langkah itu terbukti berkesan apabila kes tatatertib kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 6.96 peratus kepada 4,627 kes pada 2011 berbanding 2010.

Sambil menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kualiti penjawat awam tidak memuaskan, beliau berkata pelantikan penjawat awam dibuat berdasarkan prinsip cepat, tepat, integriti atau CTI dan produktiviti, kreativiti dan inovasi atau PCI.

"Mungkin ada kakitangan awam di negara ini terlibat dengan masalah tatatertib dan ia adalah kes terpencil dan tidak seharusnya menjadi kambing hitam kepada keseluruhan penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam ke-5 di sini hari ini.

Persidangan itu yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bertujuan membincangkan pelbagai isu pengurusan dan tatatertib dalam perkhidmatan awam daripada aspek perundangan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment