My Add

Friday 11 January 2013

Kewangan Pulau Pinang membimbangkan

PULAU PINANG, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Pembentangan bajet defisit oleh kerajaan DAP negeri selama tiga tahun berturut-turut mencetuskan persoalan tentang bagaimana cara pentadbiran dijalankan walaupun mereka sering melaungkan slogan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).

Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, perkembangan itu sangat membimbangkan dan seolah-olah cuba ditutup Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"Guan Eng perlu memberikan jawapan terperinci berserta dengan angka-angka lengkap mengapa keadaan sedemikian berlaku.

"Berdasarkan bajet defisit itu, rakyat membuat kesimpulan bahawa negeri ini sedang dipimpin ke arah keadaan kewangan yang teruk dan merisaukan, kesannya rakyat terpaksa menanggung kesan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Hing Tiek tentang ancaman bankrap yang sedang dihadapi Pulau Pinang ekoran pembentangan bajet defisit tiga tahun berturut-turut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment