My Add

Sunday 6 January 2013

KITA cabar Shamsidar, Phaik Kheng ambil tindakan

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Januari, 2013: Isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan bekas kakitangan pejabat Guan Eng, Ng Phaik Kheng dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan jika segala dakwaan dikaitkan terhadap mereka adalah tidak benar.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, ini kerana kedua-dua wanita terbabit tidak pernah membuat penafian berhubung segala dakwaan yang dikaitkan ke atas mereka.

"Sehingga hari ini dua wanita ini tidak pernah membuat sebarang kenyataan sama ada mereka terlibat atau tidak. Persoalannya adakah mulut mereka dikunci rapat oleh DAP dan PKR atau ditekan pemimpin tertentu dalam parti tersebut.

"Keadaan ini membuatkan rakyat tertanya-tanya adakah dakwaan sebelum ini benar atau tidak. Tindakan berdiam diri mereka dilihat mencemarkan parti mereka sendiri," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini....- UTUSAN

No comments:

Post a Comment