My Add

Tuesday 22 January 2013

Lagi desak pilih semula CEC DAP

Oleh AZHARI ZAINOODDIN

PULAU PINANG, ISNIN, 21 Januari, 2013: Kira-kira 45 ahli dan penyokong DAP hari ini mengadakan demonstrasi aman dengan berarak sejauh 300 meter dari Air Itam menuju Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Putih yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini bagi mendesak pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti diadakan.

Wakilnya, S. Sivasamy berkata, pihaknya mahu pemilihan itu diadakan selaras dengan slogan yang sering dilaungkan kepimpinan parti iaitu cekap, akauntabiliti dan telus.

Katanya, pemilihan tersebut dilihat seolah-olah mempunyai unsur pilih kasih apabila terdapat kesilapan malah parti juga seperti tidak memberi layanan sama rata terhadap ahli daripada kaum India.

"Kita mahu pemilihan itu diadakan semula dan parti harus memastikan tiada sebarang kesilapan akan berlaku lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment