My Add

Tuesday 22 January 2013

Larang parti politik guna nama Islam

ALOR GAJAH, ISNIN, 21 Januari, 2012: Kerajaan digesa menggubal undang-undang atau peraturan melarang mana-mana pihak menggunakan Islam sebagai nama parti politik bagi menjaga kesucian dan imej agama tersebut.

Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil kerajaan bagi mengelak pandangan negatif pihak luar terhadap agama Islam yang kini telah dipolitikkan secara berleluasa.

Katanya, pemimpin politik yang menggunakan Islam sebagai nama parti seharusnya mencerminkan keperibadian yang baik serta menjaga kesucian dan imej agama itu.

“Kita dapat lihat sekarang ini, Pas sendiri yang dikatakan memperjuangkan Islam tidak melaksanakannya dan parti itu lebih cenderung mengikut telunjuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga terpaksa bersetuju dalam beberapa perkara yang bercanggah dengan Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment