My Add

Monday 14 January 2013

Lebih 50% peniaga kecil daftar dengan SSM

PUTRAJAYA, AHAD, 13 Januari, 2013: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menyasarkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya 50 peratus daripada lebih 500,000 peniaga kecil seluruh negara dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjelang pertengahan 2014.

Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, sasaran tersebut perlu kerana tidak mudah bagi pihak beliau untuk mengesan dan memujuk para peniaga kecil terbabit agar berdaftar dengan SSM.

Beliau berkata, usaha itu juga bagi membolehkan para peniaga kecil terbabit berpeluang untuk menikmati apa jua peruntukan dan program perniagaan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

"Dalam kaji selidik kita baru-baru ini mendapati kira-kira 575,000 peniaga kecil seluruh negara masih tidak berdaftar dengan SSM.

"Walaupun mungkin ada kalangan mereka adalah warga emas dan tidak layak membuat pinjaman bank tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh menikmati skim perlindungan insurans yang disediakan oleh SSM," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment