My Add

Friday 18 January 2013

Lebih sejuta dapat manfaat

Oleh THOMAS CHONG

*PETER Chin Fah Kui beramah mesra dengan pelanggan dan para petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam majlis pelancaran Program TNB Bersama Pelanggan, di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Lebih sejuta isi rumah dijangka mendapat manfaat melalui lanjutan pengecualian pembayaran bil elektrik RM20 ke bawah untuk pengguna domestik.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan tahun lalu membelanjakan kira-kira RM146 juta bagi menjayakan dasar itu yang dilanjutkan sehingga Disember ini bagi mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah.

"Kerajaan juga berharap pengecualian bayaran bil ini akan menggalakkan budaya jimat tenaga dalam kalangan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bersama Pelanggan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment