My Add

Saturday 5 January 2013


Lebihan undi Zairil 'satu keajaiban' - Tunku Aziz

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) menyifatkan lebihan hampir 500 undi yang diterima oleh Zairil Khir Johari selepas pengiraan semula dibuat sebagai 'satu keajaiban'.

Menurut beliau, lebihan undi itu tidak munasabah kerana jurang perbezaan daripada undi asal yang diterima Zairil cukup besar.

"Jumlah undi yang kira semula itu macam tidak munasabah. Bagaimana Zairil yang mendapat undi awal sebanyak 305 boleh naik mendadak kepada 803 undi.

"Bukan sikit tetapi peningkatan mencecah 500 undi. Macam ada satu keajaiban pula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti yang dilakukan pada pertengahan Disember lalu.

No comments:

Post a Comment