My Add

Saturday 19 January 2013

Lelaki menyamar staf Media Prima ditahan

SHAH ALAM, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Taktik seorang lelaki menyamar sebagai kakitangan Media Prima Bhd. dan mencari ‘mangsa’ untuk menjadi pelakon tambahan terbongkar selepas polis berjaya menahannya di sebuah rumah di Kluang, Johor baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam pada 9 Januari lalu, suspek berusia 22 tahun ditangkap kerana dipercayai memperdayakan dua mangsanya yang merupakan remaja perempuan berusia 16 tahun.

Kedua-dua remaja itu sebelum itu membuat laporan di Balai Polis Kajang mendakwa mereka ditipu seorang lelaki yang menawarkan mereka untuk memegang watak tambahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa diminta berjumpa dengan suspek yang dikenali melalui laman sosial Facebook di sebuah pusat beli-belah di Kajang pada 18 Disember lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment