My Add

Friday 11 January 2013

Lelaki Nigeria ditahan bersama syabu RM1.5 juta

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Tindakan seorang lelaki warga Nigeria membuang dua bungkusan plastik berisi dadah dari teksi dinaikinya gagal apabila dia akhirnya diberkas polis dalam satu sekatan di susur keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran Taman Desa di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang tersebut, selepas suspek berusia 37 tahun itu, polis menemui dua bungkusan dadah jenis syabu bernilai RM1.5 juta yang dibuang oleh lelaki itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak, kejayaan itu hasil tindakan pantas polis menahan lelaki tersebut sejurus melihat dia melemparkan dua bungkusan dari dalam teksi sebelum cuba melarikan diri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment