My Add

Wednesday 16 January 2013

Lelaki terbabit kemalangan ditahan miliki dadah

GEORGETOWN, RABU, 16 Januari, 2013:,  Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ditahan selepas polis menemui Eramin 5 darinya yang dipercayai untuk diedarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt. S. Batumalai berkata, ekoran penahanan itu, polis berjaya merampas Syabu (Methamphetamine) seberat 816 gram, Eramin 5 sebanyak 2,240 biji dan Ketamin seberat 104 gram di sebuah premis di Jelutong di sini.

"Pihak polis bertindak berdasarkan maklumat mengenai kemalangan jalan raya tengah hari semalam di Pulau Tikus. Susulan daripada itu, polis membuat serbuan di rumah milik suspek pada hari yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, anggaran harga pasaran bagi semua dadah yang dirampas itu ialah RM200,000. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment