My Add

Wednesday 23 January 2013

Lelaki Vietnam dipenjara sehari, denda RM10,000 rasuah penguat kuasa JPJ

JOHOR BAHRU, RABU, 23 Januari, 2013: Seorang rakyat Vietnam dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tahun lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin turut mengarahkan tertuduh, Truong Minh Thao, 26, yang merupakan buruh binaan, dipenjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Truong didakwa memberikan suapan wang tunai RM200 kepada Mohd. Noorhakim Idrous sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan mengeluarkan saman kerana tidak memiliki lesen memandu.

Kesalahan itu dilakukan di Plaza Tol Skudai, di sini, kira-kira pukul 10.40 malam, 11 Okt 2012.

Pendakwaan kes itu dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Sajori Martubi manakala Truong tidak diwakili peguam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment