My Add

Saturday 26 January 2013

Lima didakwa jual kanak-kanak

Oleh ANI AWANG

*POLIS mengiringi suspek kes sindiket jual bayi untuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Butterwoth, Pulau Pinang semalam. - Utusan/Sazali Che Din

BUTTERWORTH, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Empat wanita dan seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan kanak-kanak sejak 2008 hingga Januari tahun ini.

Empat wanita terbabit iaitu, D.C. Chin, 57, Ooi Ah Imm, 47; Lim Choon Liang 63; dan Lim Soo Chin, 52, serta Bahtiar Abas, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Chin menghadapi enam pertuduhan, Ah Imm (enam pertuduhan); Choon Liang (empat pertuduhan); sementara Soo Chin dan Bahtiar masing-masing dengan satu pertuduhan.

Kesemua mereka didakwa bersama-sama, telah memperdagangkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun bagi maksud eksploitasi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment