My Add

Thursday 17 January 2013

Loji rawatan air baharu di Kemaman, Kuala Nerus

KUALA TERENGGANU, KHAMS, 17 Januari, 2013: Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) akan membina dua loji rawatan air baharu di Kemaman dan Kuala Nerus bagi menampung penggunaan air yang semakin bertambah di kedua-dua daerah itu.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri Terengganu akan mendapatkan pembiayaan modal pinjaman RM900 juta daripada kerajaan pusat bagi membolehkan projek tersebut dilaksanakan secepat mungkin.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu, RM500 juta diperuntukkan untuk projek pembinaan loji rawatan air dan sebuah empangan kecil di Kemaman manakala bakinya untuk projek di Kuala Nerus yang menempatkan sebuah loji rawatan air baharu.

“Kepesatan pembangunan industri di Kemaman dan Kuala Nerus yang kini akan naik taraf sebagai sebuah daerah akan menyebabkan berlaku masalah bekalan air yang kritikal dalam tempoh lima tahun lagi sekiranya langkah segera tidak diambil.

“Walaupun kerajaan negeri berhutang satu jumlah yang agak besar, kita tetap meneruskannya kerana mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak mahu berlaku krisis air di beberapa negeri lain seperti yang berlaku sekarang," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Hari Kualiti Satu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment