My Add

Thursday 24 January 2013

Mahkamah tetap 30 Januari keputusan semakan kehakiman batal notis SPRM

KUALA LUMPUR, RABU, 23  Januari, 2013: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Januari untuk keputusan permohonan semakan kehakiman oleh dua peguam untuk membatalkan notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes membabitkan National Feedlot Corporation (NFC).

Hakim Datuk Zaleha Yusof menetapkan tarikh terbabit selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak dalam kes berkenaan.

Peguam Latheefa Koya dan Murnie Hidayah, dalam permohonan mereka menamakan SPRM, kerajaan Malaysia dan Penolong Penguasa SPRM Suziana Ali sebagai responden.

Kedua-dua peguam tersebut mendakwa notis bertarikh 19 Mac, 2012 yang dikeluarkan oleh SPRM itu meminta mereka yang mewakili Datuk Shamsubahrin Ismail, supaya hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 23 Mac 2012 bagi membantu siasatan kes rasuah pengarah eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Mereka berhujah bahawa notis terbabit adalah tidak sah dan melanggar peruntukan 5(2) Perlembagaan Persekutuan.

Kedua-dua peguam itu berkata, mereka sudah diberikan notis itu setelah mereka hadir bersama dan menemani Shamsubahrin ke pejabat SPRM pada hari sama, 19 Mac 2012.

Kegagalan mematuhi notis itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 69 akta sama denda maksimum RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment