My Add

Tuesday 22 January 2013

Malaysia dicontohi kerana wujudkan keamanan - TPM

MELAKA, SELASA, 22 Januari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia menjadi negara contoh kerana dapat mewujudkan keamanan walaupun rakyat terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kejayaan itu adalah hasil daripada pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengambil berat setiap masalah seluruh lapisan rakyat tanpa mengira kaum.

Muhyiddin berucap pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia Bersama Pemimpin di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abdul Malek, Cheng di sini.

Kira-kira 5,000 masyarakat berbilang kaum menghadiri majlis tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment