My Add

Wednesday 16 January 2013

Malaysia perlu ditransformasi kepada ekonomi paling inovatif

*SAIFUDDIN Abdullah menekan skrin sebagai gimik pelancaran buku The Future is Coming: Transform Now karya Lim Kok Wing (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Aseh Che Mat (dua dari kiri), Mothetjoa Metsing (tiga dari kanan) dan Safiah Salim (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran buku berkenaan di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, SELASA, 15 Januari, 2013: Masa depan Malaysia harus ditentukan pemimpin yang mempunyai visi untuk menetapkan matlamat serta berani melaksanakan apa yang betul.

Pengasas Universiti LimKokWing, Tan Sri Dr. Lim Kok Wing berkata, Malaysia wajar ditransformasi kepada ekonomi paling inovatif di dunia sekiranya mahu bersaing dengan negara lain.

"Semua negara maju didorong pendidikan yang memberi fokus kepada keperluan masa depan serta ekosistem yang menggalakkan kreativiti.

"Kita mesti mewujudkan sistem pendidikan yang mampu membangunkan potensi penuh setiap rakyat tanpa mengira di mana mereka berada," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran buku barunya, The Future is Coming: Transform Now di sini hari ini.

Buku tersebut akan diagihkan kepada perpustakaan agensi kerajaan, pejabat-pejabat kedutaan, kampus Universiti LimKokWing seluruh dunia serta sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.

Majlis pelancaran buku siri inovasi itu disempurnakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Lesotho, Mothetjoa Metsing; Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat serta Pengarah Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW), Tan Sri Dr. Rafiah Salim.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, Kok Wing merupakan seorang pemimpin berdedikasi yang banyak menyumbang pemikiran kreatif dan inovatif kepada pembangunan negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment