My Add

Saturday 5 January 2013

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu kekal 47 mangsa
KUALA LUMPUR, SABTU, 04 Januari, 2013: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Kelantan dan Terengganu sehingga 10 pagi ini kekal 47 mangsa seperti semalam, demikian menurut laporan Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara.

Di KELANTAN, 26 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu, 22 mangsa

di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, di Pasir Puteh sementara empat mangsa lagi ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu.

Sementara itu di TERENGGANU, 21 orang mangsa masih lagi ditempatkan di pusat
pemindahan banjir Surau Kampung Nyatuh, Setiu.

Jumlah korban banjir di Terengganu masih kekal enam mangsa setakat ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment