My Add

Friday 25 January 2013

Mangsa banjir di Kota Tinggi 201 orang

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi semakin berkurangan hari ini dengan hanya 201 mangsa masih berada di tiga pusat pemindahan petang ini, berbanding 268 mangsa, pagi tadi.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, Mejar Ronzi Mohd Khairan berkata, sehingga 3 petang, kesemua mangsa terbabit adalah dari kawasan Sedili terdiri daripada 51 keluarga dari Kampung Gembut Dalam, Kampung Mawai Baru dan Kampung Perpat.

"Hanya tiga pusat pemindahan yang masih dibuka sehingga kini selepas satu pusat pemindahan yang melibatkan 67 mangsa dari 16 keluarga di Kampung Tuan Seh, ditutup pada jam 2 petang tadi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada 201 mangsa itu, 112 mangsa ditempatkan di balai raya Kampung Gembut Dalam, 52 mangsa di Kampung Mawai Baru dan 37 mangsa di balai raya Kampung Perpat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment