My Add

Sunday 6 January 2013

Mayat Kanang Anak Langkau selamat dikebumikan

KUCHING, AHAD, 06 Januari, 2013:: Mayat Pahlawan Negara, mendiang Datuk Temenggung Kanang Anak Langkau selamat dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan di Perkuburan Pahlawan pada kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Majlis pengebumian dihadiri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang mewakili Kerajaan Pusat; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin.

Mendiang yang menghembuskan nafas terakhir pada Khamis lalu meninggalkan balu, Datin Brawang Chunggat dan enam anak.  - BH

No comments:

Post a Comment