My Add

Tuesday 15 January 2013

MB didakwa gagal laksana tugas

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM, ISNIN, 14 Januari, 2013: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk memelihara dan membangunkan dua buah institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri seperti yang diamanahkan oleh rakyat kepada beliau.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, kegagalan Abdul Khalid itu jelas dilihat menerusi dasar pentadbirannya terhadap Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang dikatakan mengalami kemerosotan daripada segi kewangan termasuklah bilangan pelajar.

Tegas beliau, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS, Abdul Khalid sepatutnya mengambil perhatian mengenai situasi yang berlaku terhadap KUIS ketika ini selain mencari jalan penyelesaian sewajarnya bagi mengelakkan IPT itu merudum seperti yang berlaku terhadap Universiti Selangor (Unisel) sebelum ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment