My Add

Monday 7 January 2013

MB setuju tubuh Suruhanjaya Diraja

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD

KOTA BHARU, AHAD, 06 Januari, 2013: Kerajaan Pas Kelantan bersetuju dengan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menjalankan siasatan secara terperinci mengenai pajakan tanah lebih 4,000 hektar kepada sebuah syarikat yang dimiliki dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Nga Kor Ming.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya tetap terbuka kepada apa jua jenis siasatan kerana mengamalkan dasar ketelusan dalam pentadbiran biarpun menafikan wujud unsur rasuah dalam urusan pajakan tanah tersebut dan segala urusan mengikut peraturan.

Malah, beliau berkata, pegawainya semalam sudah menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment