My Add

Thursday 24 January 2013


MPK arah kosongkan premis

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

*NORILHILMI Abu Bakar (dua dari kanan) bersama beberapa NGO dalam sidang media mengenai tindakan Majlis Perbandaran Klang yang mengeluarkan notis mengarahkan beliau mengosongkan premis tersebut tanpa sebab yang munasabah di Restoran D'Selat, Klang, semalam, - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

KLANG, RABU, 23 Januari, 2013: Hasrat seorang pemilik sebuah restoran untuk meneruskan perniagaan milik keluarga yang dibina sejak 13 tahun lalu akhirnya berkecai setelah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa mengarahkan dia mengosongkan premisnya berkuatkuasa hari ini.

Pengurus Restoran D'Selat di Pelabuhan Klang, Norilhalmi Abu Bakar, 28, mendakwa, notis tersebut diterima daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi sepucuk surat bertarikh 18 Januari lalu meminta beliau mengosongkan premis tersebut yang bertempat di Pelabuhan Klang di sini, tanpa sebarang alasan munasabah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment