My Add

Saturday 12 January 2013

Muhyiddin lakukan tinjauan mesra dan minum teh tarik di Teluk Cempedak

KUANTAN, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melakukan tinjauan mesra dan minum petang bersama pelbagai lapisan masyarakat di Teluk Cempedak di sini.

Muhyiddin, yang tiba pada jam 6.30 petang, disambut mesra warga tempatan, pengunjung dan anggota pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Pahang.

Dalam tinjauan selama 45 minit itu, Muhyiddin mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan golongan peniaga dan anggota belia Pahang.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Gerai Majlis Perbandaran Kuantan di Teluk Cempedak, Idris Awang Teh, 60, berkata beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri di atas kunjungan tersebut.

"Beliau sudah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM250,000 bagi membaik pulih dan menaik taraf gerai-gerai di sini yang sedikit uzur selepas diberitahu mengenai keperluan peniaga di sini," katanya ketika ditemui pemberita.

Muhyiddin dalam tinjauan terbabit turut berkesempatan menjamah beberapa menu istimewa di sebuah gerai makanan di situ iaitu nasi lemak kerang, kuih keria, cara berlauk dan teh tarik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment