My Add

Tuesday 22 January 2013

Muhyiddin mohon kerjasama rakyat cari William Yau

MELAKA, SELASA, 22 Januari, 2013: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memohon kerjasama seluruh rakyat Malaysia bagi mencari Wiliam Yau Zhen Zhong, kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Rabu lepas.

Beliau merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan kanak-kanak berusia enam tahun itu, tampil memberi maklumat dengan segera kepada polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya amat simpati dengan kehilangan William Yau yang telah tersebar luas maklumatnya sekarang. Saya meminta kerjasama rakyat Malaysia yang prihatin tolong bantu cari William Yau dengan segera.

"Langkah di pihak penguatkuasa Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat giat dijalankan dan poster telah diedar seluruh negara, saya simpati kepada keluarga beliau dan harap dia masih dalam keadaan selamat," katanya dalam sidang media selepas Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia Bersama Pemimpin di Sekolah Menengah Tun Haji Abdul Malik, Cheng di sini, hari ini.

Kanak-kanak itu gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di kawasan tersebut.

Sehingga kini, pihak polis masih mengklasifikasikan misteri kehilangan anak kedua daripada tiga beradik itu sebagai kes "orang hilang". - BERNAMA

No comments:

Post a Comment