My Add

Wednesday 23 January 2013

Muhyiddin nafi dakwaan Malaysia bankrap

MELAKA, SELASA, 22 Januari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya negara bankrap seperti yang disiarkan menerusi laman sosial YouTube.

Menurutnya, dakwaan Ketua Pembangkang itu dilihat bertentangan dengan apa yang telah dikecapi rakyat dan negara ketika ini.

"Apa yang dikatakan Anwar itu adalah pembohongan besar.

"Beliau menyatakan kerajaan memerintah hari ini sudah bankrap, namun beliau sebenarnya langsung tidak tahu bagaimana analisis dilakukan badan antarabangsa yang menolak kenyataan tersebut," katanya.

Beliau berucap sempena perjumpaan bersama lebih 10,000 penjawat awam Persekutuan dan negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin turut menyeru seluruh penjawat awam supaya mempunyai keupayaan bersaing di peringkat global bagi menentukan Malaysia mampu kekal sebagai negara maju pada masa akan datang.

Menurutnya, jika Malaysia mampu menghadapi cabaran di peringkat antarabangsa dan kekal menjadi sebuah negara maju dan lebih maju pada masa akan datang, segala usaha yang dilakukan hari ini akan membawa kesan kepada keupayaan negara untuk bersaing.

"Untuk melaksanakan tugas besar ini, ia terletak kepada tugas dan peranan kita sebagai penjawat awam sama ada yang berkhidmat di peringkat kerajaan Pusat, kerajaan negeri, daerah dan sebagainya," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment