My Add

Thursday 17 January 2013

Muhyiddin tiba untuk lawatan kerja ke Alabama

MOBILE (Alabama), KHAMIS, 17 Januari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Rabu malam untuk lawatan kerja dua hari ke Alabama.

Ketibaan Muhyiddin diiringi isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Lapangan Terbang Mobile Downtown disambut Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Othman Hashim dan para pegawai kedutaan.

Turut serta dalam lawatan itu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

Pada Khamis, Muhyiddin akan dianugerahi Doktor Kehormat Antarabangsa oleh Akademi Sukan Amerika Syarikat atas sumbangan beliau terhadap pembangunan sukan di Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dijadual melawat Daphne High School, sekolah berprestasi tinggi diiiktiraf di bawah program National Blue Ribbon Schools Programme Amerika Syarikat.

Ditemui pihak Perancis pada 1702, Mobile adalah bandaraya tertua Alabama dan pelabuhan utama di rantau itu.

Dengan populasi kira-kira 200,000 orang, ia bandaraya ketiga terbesar di Alabama dan dikenali sebagai tanah kelahiran kaum Mardi Gras Amerika.
Alabama terletak di tenggara AS. Ia bersempadan dengan Tennessee di utara, Georgia di timur, Florida dan Teluk Mexico di selatan dan Mississippi di barat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment