My Add

Tuesday 22 January 2013

MYSportFest pada 29 hingga 31 Mac

PUTRAJAYA, ISNIN, 21 Januari, 2013: Satu festival sukan yang menghimpunkan pameran, pertandingan dan karnival di bawah satu bumbung akan diadakan selama tiga hari bermula 29 Mac ini di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Penganjuran festival yang turut diserikan dengan persembahan artis itu bertujuan mempromosikan Tahun Industri Sukan ASEAN pada tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, menerusi program tersebut masyarakat berpeluang mengenali sukan sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan.

"Sambutan ini selaras dengan keputusan yang dipersetujui oleh Menteri-menteri Sukan ASEAN ketika penganjuran Sukan SEA di Palembang dua tahun lalu yang mahu menjadikan 2013 sebagai tahun industri sukan.

"Selain persaingan sesama atlet dalam pelbagai kejohanan di peringkat ASEAN, terdapat potensi lebih besar untuk meraih pendapatan lumayan menerusi sukan kepada negara," katanya.  UTUSAN

No comments:

Post a Comment