My Add

Friday 11 January 2013

Najib akan lancar promosi Tahun Melawat Malaysia 2014

PUTRAJAYA, JUMAAT, 11 jANUARI, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan karnival bagi mempromosi Tahun Melawat Malaysia (VMY) 2014 pada 19 Januari ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, karnival pelancongan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 18 hingga 20 Januari itu bertujuan mewujudkan kesedaran pelbagai pihak tentang kepentingan VMY2004 daripada segi ekonomi.

"Walaupun 2014 akan tiba setahun lagi, tetapi Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia tidak akan menangguhkan masa untuk membuat persiapan awal bagi menarik 28 juta pelancong yang disasarkan berkunjung ke negara ini tahun depan.

"Kami memulakan langkah secara besar-besaran dengan mengadakan satu karnival pelancongan yang hebat untuk menimbulkan kesedaran serta menggalakkan sektor awam dan swasta memberi sokongan kepada VMY 2014.

"Rakyat mempunyai peranan penting untuk dilaksanakan iaitu bersatu padu bagi mempamerkan imej cemerlang dan positif tentang negara ini serta memelihara aset pelancongan kita dengan memastikan ia sentiasa bersih dan dipulihara, manakala penyedia perkhidmatan pelancongan pula perlu memberi perkhidmatan terbaik masing-masing," katanya kepada pemberita di kementerian berkenaan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment