*PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra bersama orang ramai ketika hadir ke program Mesra Rakyat di Dataran Tesco Semenyih, hari ini. - Foto BERNAMA
SEMENYIH, SABTU, 12 Januari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan melipatgandakan usaha untuk memajukan taraf sosio-ekonomi masyarakat India di negara ini.
Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan keperluan dan kehendak rakyat sebagai agenda utama, sedar masalah dihadapi masyarakat itu dan sedang memberi perhatian serius untuk menyelesaikannya.
Katanya, sumbangan masyarakat India kepada negara amat besar dan sehubungan itu kerajaan menetapkan agenda untuk membantu masyarakat itu, khususnya generasi baharu untuk keluar daripada masalah ekonomi dan sosial.
"Saya berikrar dan bagi pihak kerajaan BN kita akan melipatgandakan lagi usaha untuk memajukan lagi masyarakat kaum India dan rakyat Malaysia keseluruhannya, dan kita mampu melakukannya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) Negeri Selangor Bersama Perdana Menteri di Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih, di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 15,000 anggota IPF dan parti komponen BN.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Menteri Kewangan dan Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan Presiden IPF Datuk M. Sambanthan.
Najib berkata, kerajaan sentiasa menghargari jasa dan sumbangan masyarakat India dalam pembinaan negara terutamanya dalam membangunkan industri getah, kepala sawit, pembinaan jalan raya dan landasan kereta api.
Katanya, kerajaan juga menumpukan untuk menambahbaik sekolah-sekolah Tamil, menyelesaikan masalah dokumen kewarganegaraan melalui program Mydaftar, menyediakan pinjaman mikro kredit bagi masyarakat perniagaan India, penambahan tempat di kolej matrikulasi milik kerajaan dan penambahan peluang kerja dalam sektor perkhidmatan awam.
"Bukan bererti segala-galanya kita sudah selesai. Saya anggap ini sebagai 'work in progress' maknanya sudah banyak kita lakukan dan banyak lagi yang perlu kita lakukan.
"Sebab itu kita (kerajaan BN) perlu mandat yang besar dan sokongan daripada rakyat. Mandat ini supaya kita ada kekuatan untuk melakukan pembaharuan yang besar dan pembelaan kepada gagasan dan semangat 1Malaysia," katanya.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata kini dilihat sudah berlaku perubahan besar apabila majoriti rakyat termasuk pengundi di negeri pembangkang memilih untuk menyokong BN setelah menyedari mereka ditipu dengan janji-janji manis pembangkang.
Beliau juga mahukan masyarakat India terus menyokong dan menjadi benteng kuat bagi BN dalam memastikan kemenangan besar BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
- BERNAMA

No comments:
Post a Comment