My Add

Thursday 17 January 2013

Najib mula dengan taklimat dari peringkat bahagian BN di Selangor

SHAH ALAM, RABU, 16 Januari, 2013: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula mendengar taklimat dari setiap bahagian Barisan Nasional (BN) di Selangor berhubung persediaan dan gerak kerja jentera parti itu menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata perjumpaan tertutup telah diadakan membabitkan lima bahagian BN iaitu Ampang, Pandan, Hulu Langat, Serdang dan Puchong baru-baru ini bagi tujuan berkenaan.

Beliau berkata satu lagi siri pertemuan yang sama juga dijadual akan diadakan dalam masa terdekat membabitkan bahagian Gombak, Selayang, Subang, Kelana Jaya dan Petaling Jaya Selatan.

"Taklimat berkenaan disampaikan oleh pemimpin tertinggi di bahagian masing-masing mengenai persedian yang dibuat bagi menghadapi PRU akan datang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment