My Add

Saturday 5 January 2013

Najib, rombongan Program Integrasi 1Malaysia AirAsia ke Kuantan

KUANTAN, SABTU, 05 Januari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat bersama beberapa pemimpin komuniti yang didatangkan khas dari Sabah dan Sarawak ke Kuantan.

Pesawat Airbus A320 AirAsia itu tiba di Pangkalan Terbang Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, tengah hari ini. Rombongan berkenaan yang juga pelaksanaan 'Program Integrasi 1Malaysia' bersama AirAsia, menawarkan perkhidmatan penerbangan percuma oleh syarikat penerbangan itu bagi laluan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, untuk satu
tempoh tertentu.

Menurut Ketua Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia, Shahril Hafizi
Razali, rombongan seramai 100 orang yang didatangkan khas dari Sabah dan Sarawak itu mewakili beberapa komuniti dari negeri berkenaan yang dibawa ke semenanjung.

"Tujuan pelaksanaan itu adalah untuk membawa komuniti yang terdapat di Sabah
dan Sarawak berjumpa dengan komuniti di Semenanjung.

"Sebab itu komuniti Sabah dan Sarawak yang datang program berkenaan memakai
pakaian tradisional mereka, supaya dapat berkongsi dengan komuniti di
Semenanjung dalam sesi suai kenal yang diaturkan," katanya.

Beliau berkata, mengikut jadual, rombongan berkenaan akan mengadakan
beberapa lawatan antara ke kawasan perindustrian Automobil Pekan selain turut
akan mengadakan lawatan ke kawasan Pusat Komuniti Pulau Serai di Pekan sebelum kembali semula ke ibu negara untuk lawatan seterusnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment