My Add

Sunday 6 January 2013

Negara sekular mahu hakis Islam

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Januari, 2013: Persepsi bahawa Malaysia merupakan negara demokrasi sekular adalah agenda halus untuk menghakis kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Anggota Biro Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mahamad Naser Disa berkata, agenda itu juga bertujuan membuka jalan memurtadkan umat Islam serta menyebarkan kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

Tegas beliau, umat Islam di negara ini sewajarnya menolak persepsi tersebut kerana Perlembagaan telah memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Dalam Perlembagaan negara memang langsung tiada perkataan sekular tetapi mereka berulang kali mengatakan Malaysia negara sekular.

"Sebenarnya, kedudukan Islam di Malaysia adalah terjamin kerana sumpah Yang di-Pertuan Agong adalah memeliharakan agama Islam pada setiap masa dan kita rakyat biasa juga terangkum untuk melindunginya bersama," katanya ketika membentangkan kertas kerja dalam Seminar Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment