My Add

Sunday 20 January 2013

Obama angkat sumpah Presiden AS hari ini

WASHINGTON, AHAD, 20 Januari, 2013: Barack Obama akan mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) buat penggal kedua dalam satu majlis sederhana di White House hari ini.

Obama, 51, yang memimpin Parti Demokrat akan mengangkat sumpah melaksanakan tanggungjawab sebagai Presiden AS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, yang menetapkan penggal pertama pentadbirannya berakhir petang ini.

Obama dijangka mengulangi ikrarnya itu dan menyampaikan ucaptamanya kepada rakyat AS dalam satu majlis umum di ibu negara ini, esok. - AFP

No comments:

Post a Comment