My Add

Monday 14 January 2013

Ops Kesan Gelugor 80% berjaya

TASEK GELUGOR, AHAD, 13 Januari, 2013: Ops Kesan Gelugor yang dilancarkan Polis Pulau Pinang bagi memburu tujuh orang kena tuduh (OKT) yang melarikan diri daripada tahanan polis Isnin lalu kini 80 peratus berjaya.

Ini berikutan penangkapan tiga OKT terbabit malam tadi dan awal pagi ini serta dua lagi yang telah ditembak mati pada Khamis lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya kini masih giat meneruskan pencarian dua lagi OKT yang masih bebas iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hissham Abdul Rahman, 39, yang dipercayai masih berada di sekitar kawasan operasi.

“Operasi diteruskan pada hari ketujuh dan polis yakin kedua-dua mereka dapat ditangkap dalam masa terdekat berikutan maklumat terbaharu yang kita terima mengenai lokasi persembunyian mereka.

“Sementara itu, tiga OKT yang telah ditangkap telah dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan dan Seksyen 394 kanun sama kerana menyebabkan kecederaan ketika merompak," katanya di Balai Polis Tasek Gelugor di sini hari ini.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment