My Add

Thursday 24 January 2013

Pas akan terus tersepit jika bersama pakatan

KUALA LUMPUR, RABU, 23 Januari, 2013: Kepemimpinan Pas akan terus tersepit sekiranya bersama dalam pakatan pembangkang dan meminggirkan suara akar umbi yang mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal mereka.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, desakan demi desakan yang dilakukan oleh akar umbi Pas perlu dipandang serius kerana kebanyakan perkara dibangkitkan adalah berkaitan usaha melindungi akidah umat Islam.

"Saya berpendapat pemimpin-pemimpin Pas tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang kerana mereka terlalu ingin mendapatkan Putrajaya dan mahu sokongan bukan Islam.

"Dalam keadaan ini, Pas akan terus berada dalam keadaan tersepit dan kemungkinan ramai ahli mereka akan memberontak dan seterusnya mengambil tindakan keluar dari parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment