My Add

Saturday 26 January 2013

Pas akan teruskan kerjasama

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Pas bertekad meneruskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagi menguasai Putrajaya, sekalipun bercanggah pendapat tentang isu asas larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam serta di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Menurut Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, setakat ini, Pas tidak mempunyai sebarang masalah untuk meneruskan kerjasama dengan parti-parti berkenaan seperti yang diamalkan selama ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas percanggahan antara parti berkenaan dalam isu itu dan menyerahkannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau pimpinan Majlis Syura Ulama menjawab.

"Parti sudah putuskan bahawa hanya Presiden sendiri atau Majlis Syura Ulama sahaja yang boleh jawab tentang isu kalimah Allah, jadi awak boleh dapatkan Presiden. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment