Patrick Teoh diselar hina agama Islam
KUALA LUMPUR, RABU,u, 16 Januari, 2013:Patrick, sila mohon maaf! Patrick Teoh sila tinggalkan Malaysia!
Itu antara amaran yang diberikan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan sikap `mulut lancang' pelakon komedi dan penyampai radio, Patrick Teoh.
Ini ekoran kenyataan Patrick yang jelas menghina agama Islam dan al-Quran dalam satu tulisannya di laman sosial Facebook.
Pemimpin, orang ramai, artis dan peminat seni tempatan mula "menghentam" Patrick bertalu-talu di laman sosial bermula semalam.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut membidas sikap buruk Patrick dalam Twitternya.
"Saya berharap kenyataan itu bukan daripada Patrick Teoh, tetapi apabila dia meminta maaf, memang itu adalah dia," kata Khairy.
Antara artis yang meluahkan rasa marah pula ialah Datuk AC Mizal, Zed Zaidi dan Tomok.
Patrick mengkritik peraturan Kerajaan Pas Kedah yang mengenakan undang-undang lebih ketat terhadap penampilan artis tempatan.
Dia melahirkan rasa tidak puas hati dengan larangan mengadakan persembahan seksi dalam persembahan Tahun Baru Cina yang akan diadakan pada musim perayaan itu, di Alor Setar, Kedah pada 15 Februari depan.
Bagaimanapun, tidak lama selepas tulisannya di Facebook mencetus kemarahan ramai, dia memohon maaf dan memadamkan entri berkenaan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment