My Add

Saturday 26 January 2013

PBB timbang permohonan China

WASHINGTON, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang menimbangkan tuntutan China secara saintifik ke atas sebahagian gugusan kepulauan di Laut China Timur pada lewat tahun ini.

Dalam permohonan mereka kepada Suruhanjaya PBB tentang Had Pelantar Benua, China berkata, pelantar benua di Laut China Timur adalah secara semula jadi merupakan wilayah China termasuk pulau yang menjadi pertikaian itu.

Di bawah konvensyen PBB, sebuah wilayah boleh melangkaui kawasan zon ekonomi 200 batu nautika, sekiranya ia boleh dibuktikan pelantar benua itu merupakan lanjutan daripada tanah besar sesebuah wilayah.

Suruhanjaya itu pula boleh menilai kesahihan secara saintifik dakwaan tersebut, namun sebarang pertikaian perlu diselesaikan antara dua negara terlibat tanpa campur tangan badan berkenaan. - Agensi

No comments:

Post a Comment