My Add

Wednesday 9 January 2013

PBSNB umum agihan pendapataN

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Januari, 2013: Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Berhad (PBSNB) mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah RM3.375 juta untuk BSN Dana Al-Jadid bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2012.

Pengagihan kasar bagi Al-Jadid ialah 1.8 sen seunit untuk para pelabur yang memegang unit amanah sehingga 31 Disember 2012, yang mana mereka layak mendapat pengagihan ini dalam bentuk pelaburan semula.

Semua pelaburan semula tersebut akan dibuat pada 14 Januari 2013.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif PBSNB, Kamarul Izam Idrus berkata, setakat tahun kewangan berakhir 2012, jumlah nilai aset bersih (NAB) dana yang diuruskannya ialah RM45.9 juta.

Katanya, agihan pendapatan BSN Dana Al-Jadid adalah bersamaan dengan perolehan kasar 7.2 peratus berdasarkan harga pembukaan tahun kewangan 2012.

Dana Al-Jadid yang dilancarkan pada 2008 adalah dana ekuiti berasaskan syariah yang menyasarkan pertumbuhan modal dan agihan pendapatan.

PBSNB mempunyai 10,534 pelabur setakat 31 Disember. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment