My Add

Thursday 10 January 2013

Pemandu lori dijel setahun pukul anak dengan kerusi

SHAH ALAM, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang pemandu lori yang didapati bersalah memukul anaknya yang berusia lapan tahun dengan kerusi di kepala, tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menetapkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Nor Azlizan Jusoh, 33, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret yang hanya mengenakan denda terhadap lelaki itu.

Menurut hakim tersebut, hukuman denda RM6,000 atau penjara enam bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret pada 2 November tahun lalu terhadap tertuduh adalah terlalu ringan.

Beliau bagaimanapun mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret itu manakala hukuman penjara setahun diperintah berkuat kuasa selepas hukuman penjara enam bulan yang sedang dijalani oleh tertuduh kerana gagal membayar denda, berakhir.

Hakim Abdul Halim turut menetapkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun selepas menjalani hukuman berserta syarat dia menjaga kebajikan anak dan isterinya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment