My Add

Sunday 13 January 2013

Pembangkang guna politik pecah belah rakyat

*SHAZIMAN Abu Mansor sambil diiringi Shahiruddin Ab. Moin beramah mesra dengan penderma darah pada Majlis Penutup Program Kembara Tampin-Giatmara Di Hati Rakyat di Tampin, semalam.

TAMPIN, SABTU, 12 Januari, 2013: Ketika kerajaan sibuk membawa pembangunan, menyatupadukan serta mensejahterakan rakyat, pembangkang pula cuba merobek perpaduan dan keamanan negara.

Ahli Parlimen Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, perkara itu jelas terbukti menerusi satu lagi taktik politik jalanan pembangkang dalam menghasut sekali gus memecahbelahkan rakyat melalui penganjuran Himpunan Shamsidar yang berlangsung di ibu negara hari ini.

"Kerajaan fikir macam mana hendak membangunkan negara, dia pula sibuk fikir macam mana hendak memusnahkan negara. Kita buat program macam mana mahu satukan rakyat, dia buat program macam mana nak pecah-belahkan rakyat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment