My Add

Thursday 10 January 2013

Pemilihan anggota CEC DAP sah: Guan Eng

GEORGETOWN, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan bahawa keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP adalah sah dan pemilihan semula tidak perlu dijalankan.

Beliau berkata, audit dalaman dilaksanakan oleh pakar pilihan raya, Dr Ong Kian Ming serta audit bebas TCMK Associated Chartered Accountants, bagi memastikan keputusan akhir berkenaan tepat.

"Tidak sepatutnya timbul kemusykilan kerana keputusan itu disahkan oleh pakar profesional.

"Tapi kalau ada ahli yang tidak berpuas hati mereka boleh kemukakan pandangan secara bertulis dan kepimpinan tertinggi sedia menimbangnya," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak projek Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah negeri di sini, hari ini.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas desakan pemimpin akar umbi DAP semalam yang mahu kepimpinan tertinggi DAP mengadakan pemilihan semula anggota CEC.

Kontroversi itu timbul apabila DAP mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada 3 Januari lalu dan pelbagai pihak percaya bahawa ia dibuat bagi membolehkan calon Melayu tersenarai sebagai anggota CEC parti itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment