My Add

Monday 14 January 2013

Pemilihan CEC: Dua ahli DAP buat laporan kepada ROS

PUTRAJAYA, ISNIN, 14 Januari, 2013: Dua anggota seumur hidup DAP hari ini membuat laporan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung apa yang mereka dakwa sebagai manipulasi keputusan pemilihan parti.

Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi David Dass Aseerpatham dan setiausaha cawangan Mahendran Krishnan, membuat laporan itu di pejabat ROS di sini pada tengah hari.

"Saya harap ROS akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyiasat perkara itu dan membantu anggota parti menyelesaikan pertikaian itu dan menghalang manipulasi keputusan pemilihan DAP baru-baru ini di bawah Akta Pertubuhan," kata David Dass dalam laporannya, yang ditunjukkan kepada pemberita di luar pejabt ROS.

Beliau berkata ramai pemimpin dan anggota cawangan begitu kecewa berhubung dakwaan manipulasi keputusan pemilihan parti dan laporan itu dibuat hari ini selepas mendapat tahu daripada laporan media bahawa setiausaha agung parti Lim Guan Eng menolak daripada mengadakan pemilihan semula.

Ramai pemimpin cawangan menuntut Jawatakuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan pemilihan semula tetapi permintaan mereka langsung tidak dihiraukan, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment