My Add

Friday 11 January 2013

Penduduk kecewa masalah air berlarutan

*NUR Azlan membasuh pakaiannya dengan menggunakan sejumlah air yang sedikit berikutan gangguan bekalan air di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Permulaan tahun baharu 2013 agak kusut bagi penduduk Bandar Sri Permaisuri di sini kerana masalah bekalan air sejak 1 Januari lalu terus berlarutan sehingga kini.

Selain catuan bekalan air, penghantaran air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dengan menggunakan lori tangki juga tidak banyak membantu mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, walaupun terdapat lori tangki air berkeliaran di sekitar itu, masih terdapat kawasan tidak mendapat bekalan daripada perkhidmatan tersebut.

Penduduk Pangsapuri Cemara, Anis Diana Ismail, 25, berkata, bekalan air yang terputus menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan berkenaan - UTUSAN

No comments:

Post a Comment