My Add

Monday 14 January 2013

Penduduk Meru kecam tindakan Guan Eng

*Ahli pertubuhan NGO Kampung Meru memegang laporan polis berkenaan bantahan ke atas isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible dalam bahasa Melayu di hadapan Balai Polis Meru, Klang semalam.

KLANG, AHAD, 13 Januari, 2013: Sebanyak 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini mengecam kenyataan kontroversi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dalam perutusan Krismas baru-baru ini.

Berikutan itu, pertubuhan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Meru pada pukul 3 petang ini bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat kenyataan tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Antara NGO yang terlibat adalah Barisan NGO Meru, Gerakan Masyarakat Prihatin Meru, Belia Generasi Aktif, NGO Wanita Meru dan Komuniti Belia Bukit Kapar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment