Penduduk terkejut saksi drama tembak-menembak
BUKIT MERTAJAM, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Beberapa penduduk Kampung Padang Temusu dekat Guar Perahu di sini terkejut menyaksikan dua orang kena tuduh (OKT) yang diburu polis sejak beberapa hari lalu mati selepas berbalas tembakan dengan polis berhampiran rumah mereka di sini hari ini.
Malah ada yang tidak menyangka kejadian tembakan itu yang selama ini hanya disaksikan di kaca televisyen berlaku di kawasan rumah mereka.
Menurut Sharifah Aminah Syed Hassan, 70, dia terdengar bunyi beberapa das tembakan kira-kira 20 meter dari rumahnya ketika mengutip buah kelapa di belakang rumah.
"Pada mulanya mak cik tak syak apa-apa kerana menyangka ada penduduk di sini menembak tupai namun mak cik terkejut bila melihat sebuah kereta dikejar kenderaan polis tidak jauh dari tali air. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment