My Add

Friday 11 January 2013

Penganjur himpunan setuju patuhi 27 syarat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Polis bersedia memberi kerjasama kepada penganjur Himpunan Shamsidar semasa mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada Sabtu ini bagi memastikan tidak timbul kekecohan setelah mereka bersetuju mematuhi 27 syarat dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, penganjur himpunan itu bersetuju mematuhi semua syarat yang ditetapkan dalam akta tersebut selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan beliau selama lebih tiga jam sejak pukul 3.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau berkata, antara syarat dipersetujui adalah tidak membawa poster, sepanduk dan kain rentang yang tertera perkataan menghasut, boleh mengugat keamanan dan menimbulkan perasaan gusar kepada orang awam semasa perhimpunan nanti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment